"SIAPA yang lebih berhak menerima cinta dan jagaan saya di dunia ini?" Seorang pernah bertanya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam. "Ibu kamu," jawab Nabi. "Dan siapa lagi?" "Ibu kamu," Nabi mengulangi. "Selepas itu siapa?" orang itu bertanya lagi. "Ibu kamu," kata Nabi buat kali ketiga. "Dan selepas itu??" "Selepas itu ayah kamu." Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Di dalam berapa surah Al-Quran adalah ditekankan mengenai dengan keperluan tuntutan anak kepada ibubapa tetapi penekanan adalah kepada ibu: "… Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan…" (Surah Luqman, ayat 14), "… Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah…" (Surah Al-Ahqaf, ayat 15). Di dalam Al-Quran, seorang anak yang salleh yang tidak mempunyai bapa tetapi hanyalah seorang ibu ialah Nabi Isa Alaihi Salam, siapa yang telah dikatakan sebagai "… taat kepada ibunya dan tidak menjadikannya sebagai seorang yang sombong takabbur ataupun celaka…" (Surah Maryam, Ayat 32).
Dengan adanya penekanan di dalam Al-Quran dan hadis bahawa bolehlah difahamkan bahawa perkataan `ibubapa' di dalam ayat-ayat lain seperti "… janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa…" (Surah Al-Baqarah, Ayat 83) dimana dua suruhan ugama daripada sepuluh suruhan ugama, yang dikongsi oleh penganut Nasrani dan Yahudi dan juga boleh dibandingkan dengan Islam, ialah perkara yang kedua penting selepas penekanan kepada ugama (theocentrism) iaitu penekanan kepada keibuan (matricentric).
Di dalam satu hadis, satu contoh anak yang salleh ialah seorang pengembala berbangsa Yemen bernama Uways al-Qarani yang memohon izin ibunya untuk melawat Medinah untuk berjumpa Nabi Muhammad SAB, tetapi tidak berjumpa Rasulullah kerana beliau ke tempat yang lain, Uways dengan sedih pulang ke Yemen untuk memenuhi tanggungjawabnya menjaga ibunya. Rasulullah kemudiannya menceritakan kepada para sahabat bahawa kedudukan Uways adalah sangat tinggi di kalangan mereka di Hari Perkiraan dan akan menjadi seorang yang boleh memintas di Hari itu. Taat kepada ibubapa merupakan lebih penting daripada melakukan Jihat, sebagaimana jua di dalam banyak hadis yang telah dialibahasakan dan disenaraikan oleh Aliah Schleifer di dalam bukunya `Motherhood in Islam' yang ditulis dalam tahun 1986.
Rasulullah sendiri tidak pernah bersama ibubapa Baginda, kehilangan bapa sebelum Baginda lahir dan kehilangan ibu beberapa bulan selepas itu. Satu daripada gambaran Sira ataupun biografi Rasul membayangkan bagaimana Baginda tanpa berkata-kata duduk di kubur ibunya menangis dengan hiba, dengan dikelilingi oleh sekumpulan besar sahabat-sahabat Baginda, kesemuanya menangis melihat keadaan Baginda itu.
Maulana Jalaluddin Rumi, seorang Aghan tetapi bukan berbangsa Taliban berkata mengenai dengan kehilangan di dunia dan pertukaran jika dibandingkan dengan kesakitan yang dialami oleh keibuan: "Setiap yang ada di dunia ini adalah seorang ibu, setiap ibu tidak menyedari akan kesakitan ibu yang lain di dalam melahirkan." Inilah satu-satu sukat yang digunakan oleh Rasulullah SAW apabila terserampak di tepi jalan, di dalam satu pertempuran, seekor anjing betina dengan anak-anaknya, Baginda berhenti dan meletakan seorang penjaga di tepi anjing itu untuk mempastikan tidak ada askar Baginda memijaknya. Saya tidak mengetahui mana-mana temadun di dunia ini yangmana ketuanya memberhentikan askar-askarnya dan menempatkan penjaga bagi mempastikan seekor anjing dijaga supaya tidak mendapat sebarang kemudaratan.
Pada satu masa, dengan menunjuk kepada seorang wanita yang mendokong anaknya berhampir dengan ibu, Rasul bertanya kepada Sahabat-Sahabat Baginda: "Bolehkah kamu termimpi wanita itu melongar anaknya ke dalam api ini? Sedangkan Pencipta kamu mempunyai keampunan dan untuk mahluk Nya." Bandingkan kedua cerita ini dengan bangsa Spartan yang fasis dan orang Timur yang sering membunuh di zaman lepas dan sekarang, sudah itu fikirkanlah bagaimana jauhnya kita orang Islam dan seluruh dunia tertinggal untuk mencontohi contoh perasaan keibuan Rasul kita yang berjiwa kejantanan dibandingkan dengan sesiapa sahaja yang pernah berjalan di muka bumi ini.
Sebaliknya, kita menuju jalan yang bertentangan dengan lebih pantas. Daripada benua India kepada Iran dan kepada dunia Arab, matriks perasaan hormat, kelembutan, kebolehan menjadi terhibur, perseimbangan, kebijaksanaan, keadilan kemanusiaan yangmana Rasul seorang diri telah dapat mengalahkan kepimpinan lelaki yang kasar sebelum ini, telah menghilang. Apa yang menyedihkan lagi, rantau-rantau ini menyaksikan terjebaknya keadaan kepada keganasan yang tidak dapat dimimpikan sebagaimana jua orang-orang jahiliyah sebelum datangnya Islam, mendapati perangai manusia Cro-Magnon sangat menggerunkan. Karya Goya bertajuk "Saturn memakan anak-anaknya" sudah menjadi kenyataan sebagaimana jua kaum kita memakan ibu-ibu dan kakak dan adik perempuan.
Satu lagi petikan daripada Mathnavi ialah mengenai dengan kata-kata bernas Rumi mengenai dengan ibu: "Apa yang kamu panggil dia? Kesayanganmu? Dia seorang pencipta! Hampir tidak diciptakan!"
Seorang Imam di Cambridge dan seorang penulis Islam dalam bahasa Inggeris yang terunggul dan masih hidup, Abdul Hakim Murad (Timothy J Winter), memulakan karangannya mengenai feminisma, "Islam, Irigaray, and the Retrieval of Gender" dengan ayat "Bolehkah lagi kaum lelaki menulis mengenai wanita?" Dia memuatkannya dengan beberapa ungkapan-ungkapan Rumi:
Rasulullah bersabda wanita menguasai kaum lelaki intelek dan pemegang semua hati.
Tetapi lelaki yang bodoh menguasai wanita, kerana mereka dibelengu oleh kebuasan binatang.
Mereka tidak mempunyai perasaan kebaikan, kelembutan ataupun kecintaan, kerana keuasan binatang mempengaruhi mereka.
Cinta dan baik hati adalah perangai manusia, kemarahan dan keseronokan sensual adalah kepunyaan binatang.
Ia mempunyai cahaya daripada Tuhan, ianya bukan `cinta kamu.' Dia merupakan seorang pencipta dan boleh dikatakan tidak diciptakan.
Satu lagi Penyiar Persia, Iradj Mirza (meninggal dunia 1926) menulis mengenai satu ungakapan sajak mengenai dengan ibunya: "Semasa bangun, beliau mengajar saya bagaimana untuk tidur." Dari itu, keibuan adalah di pertengahan Islam di dalam berbagai peringkat: secara literal dan secara perundangan, tetapi juga bentuk pengubahannya dan kuasa mistiknya adalah sebagai peringatan kuasa Allah yang Maha Tinggi.
Ibu juga berada daripada segi sejarah dan secara simbolik di kalangan isteri-isteri Baginda, sebagaimana jua yang diterangkan di dalam Al-Quran: "… Nabi itu lebih hampir kepada orang yang beriman daripada diri mereka sendiri, dan isteri-isterinya itu adalah menjadi ibu mereka …" (Surah Al-Ahzab, Ayat 6).
Daripada semua ibu-ibu orang yang percaya, ialah Syaidina Khadijah, isteri Baginda yang pertama dan berumur 15 tahun tua daripada Baginda, siapa yang Baginda sayangi dan paling hormati, dan memberikan beliau beberapa orang anak perempuan, termasuk Syaidina Fatimah al-Zahra, wanita yang banyak mengalirnya keturunan Baginda daripada Timur ke Barat hingga ke masa ini.
Kesemua ibu-ibu kita, dan Fatimah di kalangan mereka, adalah sarjana atau ahli pertukangan atau pedagang jua. Orang-orang Islam yang awal telah menceritakan Syaidina Aishah sebagai seorang wanita yang sangat berpengetahuan di dalam sejarah manusia dan ini adalah benar kerana beliau bukan sahaja yang paling lama menjadi isteri (bersama Saudah) tetapi juga adalah yang termuda dan yang terpandai di kalangan isteri Rasul semasa zaman Baginda sudah menjadi Rasul.
Daripada segi bahasa jua, ibu adalah penting kepada Islam di dalam berbagai cara. Perkataaan Arab untuk ibu, umm, adalah jua asas kepada penggunaan Rasul, ummi, kadang-kadang disilap ertikan sebagai `tidak berpelajaran'; tetapi ianya juga adalah asas kepada perkataan yang menandakan keIslaman berzaman-zaman, iaitu ummah, satu perkataan yang digunakan untuk ugama dan juga apa jua masyarakat termasuk juga burung-burung dan tebuan. Ianya juga bersamaan bunyi dengan amma, `untuk membimbing dan membawa', dan dari sini terbit perkataan imam. Annemarie Schimmel di dalam buku beliau diterbitkan tahun 1995 bertajuk "Meine Steele ist eine Radu (Jiwa saya adalah Wanita) memetik gambar Rumi mengenai dengan ibu kepada Nabi Musa Alaihi Salam, yang dibesarkan di istana Firaun yang kafir jauh daripada kuil, adalah contoh manusia yang sempurna yang melahirkan seseorang Manusia Tuhan, juga bersamaan dengan karya interpretasi Meister Eckhart's separa Islam (tetapi kepada Nasrani, bukan pengajaran yang dapat diterima) kehamilan Mariam tanpa bapa di kuil Yahudi untuk melahirkan Nabi Isa Alaihi Salam.
Walaubagaimanapun, hanya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, sahaja yang merupakan intan permata di mahkota ketaatan kepada ibubapa, dan ianya adalah seorang manusia yang telah tidak dapat peluang yang normal bagi kehidupan seseorang manusia – ibubapa dan persekolahan.
Sebagai seorang anak yatim piatu yang tidak berpendidikan, Nabi telah dibesarkan oleh Tuhan. Sebagai seorang anak kecil yang bergantung sepenuhnya kepada ibunya yang merupakan dunianya, ummi untuk Nabi Muhammad adalah seperti Baginda bertangung sepenuhnya kepada Allah dan merupakan juga bukti mengenai dengan kerasulan Baginda yang dianugerahkan oleh Tuhan. Perhubungan di antara Ummah dengan Rasul adalah sama seperti itu. Seperti juga, di peringkat ketiga, hubungan jemaah dengan imamnya: "Al-Shafi'i ialah seakan matahari memberikan cahaya dan bahang kepanasan kepada orang-orang," Ahmad ibn Hanbal pernah berkata. "Guru kami adalah ibubapa spiritual kami, mereka melahirkan kami untuk hari kemudian," Al-Nawawi pernah menulis. Dari itu kita boleh berkata, dengan cara Rumi, bahawa Rasul adalah ibu kita, ugama adalah ibu kita, masyarakat adalah ibu kita, dan guru kita adalah ibu kita.
Sebagaimana jua kamu melayan ibubapa kamu, begitu juga kamu akan dilayan di hari tua kamu. Setiap orang mengetahui bagaimana mereka hendak anak-anak mereka melayani mereka apabila mereka sudah mencapai umur tua. Inilah masa yang terbaik untuk bermahasabah bagaimana cara yang terbaik untuk memenuhi tanggungjawab kita kepada ibubapa kerana untuk membayar balik mereka adalah tidak sememangnya tidak dapat dilaksanakan. Mudah-mudahan dengan adanya sumbangan ini, kita tidak akan dimasukan ke dalam Buku Kehidupan sebagai seorang yang tidak taat kepada ibubapa. Pernah seseorang yang sedang bertawaf di keliling Kaabah dengan menyikut ibunya di belakangnya telah berjumpa dengan gurunya dan betanya: "Ustaz! Sudahkah saya membayar balik hutang saya kepadanya?" Gurunya hanya dapat menjawab: "Saya hanya dapat berdoa."
wallahua'lam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan