I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 19 April 2011

Cuaca Hati...


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus beribadat kepada Mu, hanya kepada Mu daku bersujud. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

“kita sering melihat cuaca di langit, tetapi jarang sekali kita melihat cuaca di hati kita”

Benar apa yang dikatakan oleh penceramah yang bersiaran di radio Ikim.fm… Takkala cuaca di langit mendung, hujan ribut dan panas terik, pasti ada yang terkena kesannya seperti demam, sakit kepala dan sebagainya.

Begitu juga dengan cuaca hati. Takkala hati kita marah, geram, benci, sedih, gembira dan sebagainya, pasti ia akan memberi kesan kepada orang-orang yang berada disekeliling kita. Pasti ada yang tidak suka dengan kita takkala kita marah dan pasti ada yang menyenangi kita takkala kita gembira dan tenang.

“Marah itu umpama api di dapur hati,
jangan terlalu kuat nanti hangus,
jangan telalu perlahan nanti dayus”

Ana memang marah dan geram dengan apa yang berlaku hingga memberi kesan kepada kesihatan diri ini. Kepala terasa sakit yang teramat takkala memikirkan kata-kata kasar yang dikeluarkan, badan terasa lemah kerna minda dan hati tidak tenang. Begitu besar sekali kesannya takkala tidak mampu mengawal api kemarahan.

“marah itu bukan untuk dihapus, tetapi marah itu untuk diurus…”

Namun, setelah diri ini muhasabah sendiri. “semua masalah ini, DIA yang berikan dan pasti jalan penyelesaiannya ada pada DIA”. benarlah….takkala mengingatiNya hati akan menjadi tenang…subhanallah…

Lalu diri ini rukuk dan sujud kepadaNya sambil hati merintih agar diberi keikhlasan yang tinggi dalam menghadapi dugaan yang telah DIA sediakan buat diri ini. Hati berbicara supaya diberi kesabaran, petunjuk dan jalan supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Betapa kasihnya Allah s.w.t. kepada hamba-hambaNya. Takkala selesai solat, ketenangan masuk dalam hati membuatkan diri ini mampu bertindak dengan rasional dan semangat kembali pulih untuk teruskan melangkah. alhamdulillah…

Masih ku ingat kisah yang disampaikan oleh penceramah tersebut. “sewaktu di medan perang, Saidina Ali r.a. begitu tangkas menhayun pedangnnya berlawan dengan musuh-musuh Islam. Sebaik sahaja pedang Saidina Ali r.a. sampai kepada leher seorang musuh Islam, dia meludah ke muka Saidina Ali r.a. dan menyebabkan Saidina Ali r.a. menarik pedangnnya dari leher musuh Islam tersebut”

“ketika ditanya kenapa Saidina Ali r.a. menarik kembali pedangnnya dan tidak jadi membunuh musuh Islam tadi. Saidina Ali r.a. menjawab ‘tadi aku marah dengan kamu kerna Allah s.w.t…tetapi setelah engkau meludah mukaku, aku takut marahku tadi bukan kerna Allah s.w.t….”

Subhanallah, begitu tinggi sekali peribadi sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. hingga segalanya adalah kerna Allah s.w.t… Kerna Allah s.w.t. bersama dengan orang-orang yang sabar, maka diri ini juga mahu termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar.
…ayuh kita sama-sama bersabar dan redha diatas dugaan dan ujian yang telah DIA aturkan buat kita.

“hidup ini adalah untuk bersyukur…
Bersyukur pada orang yang menyakiti mu
kerna dialah orang yang menabahkan hati kamu.
Pada orang yang tidak mengendahkan mu
kerna dialah yang memupuk mu untuk berdikari.
Pada orang yang menjatuhkan mu
kerna dia yang memperhebatkan keupayaan mu.
Pada orang yang menguji mu
kerna dia memberi peluang kepada mu untuk mujahadah.
Pada orang yang menyeksa mu
kerna dia menguji kesabaran mu…
Maka bersyukurlah kerna dipilih untuk melalui ujian ini…(^_^)

XXXXXXXXXXXXXXXX

Hatimu Diwudukkan

Duhai sahabatku…
Mendung langit gerimis pula menghiris
Jatuhmu rebah tersungkur
Sakitmu amat perit
Seakan suram dan kelam
Namun masih mampu kau tersenyum
Masih mampu zikir menguntum
Masih mampu puja dan puji Illahi beralun
Masih mampu kalimah Allah kau susun
Masih mampu kau tabah
Masih mampu kau menongkah

Duhai sayang….hampir menitis air mataku..
Melihat kau getir diuji
Tapi bergema redha dalam jiwamu
Hatimu pencinta takdir jalan kehidupan
Sanubarimu mohon ketaqwaan seorang hamba
Kau istimewa…terlalu istimewa..sentiasa berlapang
Bila diri diuji…
Bila diri disakiti
Bila hati diusik syaitan
Bila jasad penuh kafarah dosa…
Lalu…hatimu diwudukkan
Dengan jiwa kehinaan dengan perasaan ketakutan..
Dengan degup jantung azab tuhan
Kembali bersujud pada Yang Esa…
Pada hamparan itu sendumu berlagu
Air mata kehambaan menitis
Malam penuh kesunyian itu diusik taubatmu

Saat kau hampir goyah…
DIA lah kau mengadu
Saat kau dihiasi senda tawa..
DIA lah kau bercerita…
Hatimu sentiasa ada DIA…
Hingga saat kau melupaiNYA…DIA pasti mencemburuimu
Kerana itu kau diuji…untuk kembali berserah kepada pemilik cinta abadi…

Ana sebak membaca bait kata yang ditulis oleh sahabat-sahabat…tiada kata yang mampu ku ucapkan melainkan dikau juga peroleh keredhaan dan rahmat dari Allah s.w.t…ameen ya robb..


wallahua'lam,,,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan