I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 30 April 2011

adakah Kter bertEmu dGn orng Yg sLah???


Terkadang kita terfikir :

Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
Teman sekerja yang tak 'ngam'?
Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?
Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?
Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?
(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)
((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))
Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.
Pelbagai ragam dan karenah manusia yang  dapat kita temui di dunia ini.
Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....


 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]


Untuk lita'arafu..
Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.
Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.
Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.
Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.
Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Takkan!
Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.
Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.
Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'
Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.
Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,
Untuk kita belajar sesuatu darinya.
Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.
Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.
Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.
Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.
Itulah dia Allah.
Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.
Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.
And He Knows best.

Wallahua'lam.

Bersabar, dan teruslah berdoa.

Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..

Jumaat, 29 April 2011

Mencari Yang Terlalu Sempurna..?


Jika kamu memancing ikan...Setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil ikan itu...Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja...Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya,ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.



Begitulah juga...



Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,hendaklah kamu MENJAGA hatinya...Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu...



Jika kamu menadah air biarlah berpada,jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...Akhirnya ia dibuang...


Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.


Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,yang kamu pasti baik untuk dirimu...Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...Terlalu ingin mengejar kelazatan...Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...Mengapa kamu berlengah,cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan MENYESAL...

WALLAHUA'LAM

Selasa, 19 April 2011

Cuaca Hati...


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus beribadat kepada Mu, hanya kepada Mu daku bersujud. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

“kita sering melihat cuaca di langit, tetapi jarang sekali kita melihat cuaca di hati kita”

Benar apa yang dikatakan oleh penceramah yang bersiaran di radio Ikim.fm… Takkala cuaca di langit mendung, hujan ribut dan panas terik, pasti ada yang terkena kesannya seperti demam, sakit kepala dan sebagainya.

Begitu juga dengan cuaca hati. Takkala hati kita marah, geram, benci, sedih, gembira dan sebagainya, pasti ia akan memberi kesan kepada orang-orang yang berada disekeliling kita. Pasti ada yang tidak suka dengan kita takkala kita marah dan pasti ada yang menyenangi kita takkala kita gembira dan tenang.

“Marah itu umpama api di dapur hati,
jangan terlalu kuat nanti hangus,
jangan telalu perlahan nanti dayus”

Ana memang marah dan geram dengan apa yang berlaku hingga memberi kesan kepada kesihatan diri ini. Kepala terasa sakit yang teramat takkala memikirkan kata-kata kasar yang dikeluarkan, badan terasa lemah kerna minda dan hati tidak tenang. Begitu besar sekali kesannya takkala tidak mampu mengawal api kemarahan.

“marah itu bukan untuk dihapus, tetapi marah itu untuk diurus…”

Namun, setelah diri ini muhasabah sendiri. “semua masalah ini, DIA yang berikan dan pasti jalan penyelesaiannya ada pada DIA”. benarlah….takkala mengingatiNya hati akan menjadi tenang…subhanallah…

Lalu diri ini rukuk dan sujud kepadaNya sambil hati merintih agar diberi keikhlasan yang tinggi dalam menghadapi dugaan yang telah DIA sediakan buat diri ini. Hati berbicara supaya diberi kesabaran, petunjuk dan jalan supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Betapa kasihnya Allah s.w.t. kepada hamba-hambaNya. Takkala selesai solat, ketenangan masuk dalam hati membuatkan diri ini mampu bertindak dengan rasional dan semangat kembali pulih untuk teruskan melangkah. alhamdulillah…

Masih ku ingat kisah yang disampaikan oleh penceramah tersebut. “sewaktu di medan perang, Saidina Ali r.a. begitu tangkas menhayun pedangnnya berlawan dengan musuh-musuh Islam. Sebaik sahaja pedang Saidina Ali r.a. sampai kepada leher seorang musuh Islam, dia meludah ke muka Saidina Ali r.a. dan menyebabkan Saidina Ali r.a. menarik pedangnnya dari leher musuh Islam tersebut”

“ketika ditanya kenapa Saidina Ali r.a. menarik kembali pedangnnya dan tidak jadi membunuh musuh Islam tadi. Saidina Ali r.a. menjawab ‘tadi aku marah dengan kamu kerna Allah s.w.t…tetapi setelah engkau meludah mukaku, aku takut marahku tadi bukan kerna Allah s.w.t….”

Subhanallah, begitu tinggi sekali peribadi sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. hingga segalanya adalah kerna Allah s.w.t… Kerna Allah s.w.t. bersama dengan orang-orang yang sabar, maka diri ini juga mahu termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar.
…ayuh kita sama-sama bersabar dan redha diatas dugaan dan ujian yang telah DIA aturkan buat kita.

“hidup ini adalah untuk bersyukur…
Bersyukur pada orang yang menyakiti mu
kerna dialah orang yang menabahkan hati kamu.
Pada orang yang tidak mengendahkan mu
kerna dialah yang memupuk mu untuk berdikari.
Pada orang yang menjatuhkan mu
kerna dia yang memperhebatkan keupayaan mu.
Pada orang yang menguji mu
kerna dia memberi peluang kepada mu untuk mujahadah.
Pada orang yang menyeksa mu
kerna dia menguji kesabaran mu…
Maka bersyukurlah kerna dipilih untuk melalui ujian ini…(^_^)

XXXXXXXXXXXXXXXX

Hatimu Diwudukkan

Duhai sahabatku…
Mendung langit gerimis pula menghiris
Jatuhmu rebah tersungkur
Sakitmu amat perit
Seakan suram dan kelam
Namun masih mampu kau tersenyum
Masih mampu zikir menguntum
Masih mampu puja dan puji Illahi beralun
Masih mampu kalimah Allah kau susun
Masih mampu kau tabah
Masih mampu kau menongkah

Duhai sayang….hampir menitis air mataku..
Melihat kau getir diuji
Tapi bergema redha dalam jiwamu
Hatimu pencinta takdir jalan kehidupan
Sanubarimu mohon ketaqwaan seorang hamba
Kau istimewa…terlalu istimewa..sentiasa berlapang
Bila diri diuji…
Bila diri disakiti
Bila hati diusik syaitan
Bila jasad penuh kafarah dosa…
Lalu…hatimu diwudukkan
Dengan jiwa kehinaan dengan perasaan ketakutan..
Dengan degup jantung azab tuhan
Kembali bersujud pada Yang Esa…
Pada hamparan itu sendumu berlagu
Air mata kehambaan menitis
Malam penuh kesunyian itu diusik taubatmu

Saat kau hampir goyah…
DIA lah kau mengadu
Saat kau dihiasi senda tawa..
DIA lah kau bercerita…
Hatimu sentiasa ada DIA…
Hingga saat kau melupaiNYA…DIA pasti mencemburuimu
Kerana itu kau diuji…untuk kembali berserah kepada pemilik cinta abadi…

Ana sebak membaca bait kata yang ditulis oleh sahabat-sahabat…tiada kata yang mampu ku ucapkan melainkan dikau juga peroleh keredhaan dan rahmat dari Allah s.w.t…ameen ya robb..


wallahua'lam,,,

Isnin, 18 April 2011

cerpen best!!!

Iman Ikmal..


Iman Ikmal..
Awak ingat tak tangal 11 Ogos 2007. Awak tahu, itulah tarikh keramat yang tak mungkin saya lupakan kerana ia merupakan tarikh y terpenting dalam hidup saya. Yelah, itukan tarikh penyatuan kita berdua.

Awak..
Awk ingt tak mcm mana kita bjumpe. Pjmpaan  y pd fikirn org lain mrupakn ptemuan plig kasr. Tp pd sy, itulah saat2 plig bmakne dlm hidp sy. Sy ingt lgi, sy tnmpak seorg llki y serabai sedg mlints jln tnpa mliht kiri dan kanan swktu sy pulg dr msjid. Sy ingt awk akn mngelk apabila hon dbunyikn olh kereta tu, tp awk buat tak thu jer. Sy pun dgn pnuh brani mnarik tngan awk agr awk tk dlggar kereta. Lpas kita same2 selmt, sy tmpar awk. Awk thu knpe?? Germ!! Awk thu tk??! First, sbb awk nk bnuh diri. Takkan awk tk thu y mbunuh diri sndiri adlh dosa y pling dmurkai Allah. Tkkan awk tk tkut tuhn, tkkn awk tk tkut neraka. Second, gara2 sy nk selmtkan awk, sy tersntuh tngn y bukn muhrim sy iaitu tngn awk. Awk thu tk sepnjg hidup sy, sy tk prnah pegng tngn llki laen slain ayah sy?? Hati sy mbare sngat wktu tu. Tp sy tengok awk tetp begitu, wajh awk mcm awk tak kish lgi dgn apa y blaku kat sekeliling
awk. Mungkin awk tak sedr pun awk sedg bbicara dgn sy skarg ni. Hati sy bugkam, lalu sy tinggalkan awak sendirian kat situ.

Keesokn harinya, sy terjmpa awk kat situ lgi. Sy ingtkan awk nk bnuh diri lgi. Sy cept2 prgi ke arah awk. Awk thu tak betapa terkejutnye sy melihat penmpilan awk y jauh berbeza berbnding smlam. Awk kems dan tak serabai mcm semlm. Awk ckp awk ada bnda pnting nak bgtaw sy. Sy ajk awk prgi masjid y mjd tmpt sy mengajr  kank2 belajr al.Quran. kita duduk bdua je kat situ. Sy bimbg. Hati sy berdebr-debr  sngt masa tu. Awk memg tampan, itu sy tak dpt nafikn. Saat mata hazel awk merenung mata sy, wajh sy membahang. astarghfiruLlah..ALLAH...tlg aku.. d situ awk luahkan sglenye kpd sy kecuali tntg bnuh diri smlam. Awk ckp awk jahil sbb awk tak thu apa2 tntg islam walaupun awk seorg muslim. Awk ckp, sjk berumur  15 thun lgi awk dh bkenalan ngan arak. Sy tny awk pasal solt, zakt, puasa, haji. Sy tak tu kenape hati sy tergerak u tny semua 2. Awk msti ingt sy pndg rndh terhadap awk. Tp, sy hampir pgsan bila awk bgtaw awk tak prnah solt n puasa slme awk hidup 25 thun ni. Bila sy tny awk kenape, awk ckp awek terlalu lme menetp d london. Bahkan keluarge awk lgsung tak smbhyang apatah lgi nk puase. Awk mnta tlog sy u ajar awk agama. Hah?? Saya?? Tak de orang laen dh ke?? Mula2 sy agk keberatn sbb sy bukn mahir sngat. Tp awk berkeras nk bljr dgn sy. Akhrnya, ats dsr persaudaraan sesame islam, sy setuju.

Mula hri itu, awk selalu dtg kelas mengaji y sy adkan. Mula2 sy rse nk gelk sbb awklah ank murid sy y plig tua. Lpas 2 awk bru bace iqra’ dgn sy. Tp awk sabr n tak smpai 4 buln awk dh boleh bace al.Quran. sy ajr awk macm2. Pasal solt, zakt, puase. Hati awk memg cerh, sekejp shj sy ajr awk solt, then awk dh boleh solt sndiri. Kita pun slalu solt same2. Petang tu, sy bacekan  azab2 y dterima o penghuni neraka. Air mate awk bergenang. Awk, awk terase hti dgn sy ke?? Sejk hri 2, awk dh tak dtg2 ke masjid tu. Awk thu, sminggu awk tk datg, sminggu tulah sy jd pnuggu setia kat msjid 2. Kemudian, pd satu petg, awk dtg kpd sy. Saat sy liht awk, ada satu perasaan hadir dlm hati sy. Tp sy tk thu apa perasaan tu. Awk dtg petang 2 bukn nk bljr agame ngn sy, tp nk ajk sy kahwin. Apa, kahwin?? Sy trus pitam.

“Humaira, sudi tak jd permaisuri dhti Iman..sudi tak kahwin ngn Iman??”
“Ha, kahwin! Mana bleh..ehhh sy tak nak Iman. Jgn buat gila.”
“Please, Humaira i beg you. Kalau awk jd isteri sy, lgi bnyk mase awk boleh ajr sy pasl islam. Tlg Humaira, sy dah tak de mase.”


Resah meliht awk y begitu mengharp, sy akhrnye bsetuju. Tp sy bet02 tak fhm dgn ayt  ‘sy dah tak de mase’  y awk katekn td. Pkhwinn kita blngsung lps tu wlupun dtntang hebt olh keluarge awk. Ayh sy bstuju wlupun agk tkejut dg keputusn mendadak sy tu. Yelah, sy bru 18 thun dah berkahwin dengan org y 7 thn lgi tua dr sy.

Sy ingat lgi, shri slps kita khwin, awk bawa sy btemu famili awk. Truk sy dhina n dcerca. Luluh hati sy, awk. Mummy n daddy awk ckp sy macm2. Mummy awk tmpar sy gara2 sy ckp awk y nk khwin dgn sy. Sy ckp awk y beria-ia y ajk sy khwn. Sy ckp mcm 2 sbb mummy awk tuduh sy ni prmpuan pisau cukur y nk kikis semua hrta awk. Sy rase hina sngt mase 2. Tp y peliknya, awk lgsung tak buka mlut u pertahankan sy. Awk hny diam dan bisu. Sampai hati awk iman...

Kita pindah ke kondominium mlik awk d kuala lumpur. Smggu sy menangis ridukan ayh sy y tggal sorg diri dtregganu. Sjk ibu sy mninggl swktu melahirkan sy, tak pernh sekali sy berpish dgn ayh sy. Tp awk pndi.. setiap hari awk akn bg teddy bear y berlainan pd sy. Sy memg ske bear.. bila sy peluk bear2 tu brulah terubat sikit rindu kat ayh., sbb bdn ayh pun mcm bear2 tu sme. 2 mggu usia pekhwinan kita, dh 14 teddy bear sy terima. Sy happy sngt awk...

Tp sepnjg kita khwin, takpernah pn awk sentuh sy. Sy sering tertny-tny knp awk kahwini sy kalau awk tak nk miliki sy sepnuhnye. Sy umpama ckgu pd awk. Sy pggil awk abg iman , awk pggil sy ustzh humaira. Pelikkan. Kitalah pasangn y pling pelik sekali bg sy.

Mlm, kita hiasi dgn aktiviti tdarus, stiap jam 3 pgi awk akn kjutkan sy u solt tahjjud. Sy begitu bahagia dngn perubahn awk. Kita sme2 pnuhi tggungjwb masing2. Setiap hjung mggu, kita kan kluar bsiar-siar. Hari tu, swktu kita ke sunway piramid, ada seorg prmpuan pggil awk. Bila awk bpaling, prmpuan tu trus peluk n cium pipi awk. Sy nmpk awk mcm kaget. Tp awk masih tak kenalkn dia pd sy. Lps tu, prmpuan tu ikut ke mana shja kita prgi. Sy thulah sy ni permpuan kmpng yng tak pandai bergaye. Dgn jubah dan tudung labuh paras pinggang y sering mbaluti tubuh sy, mana ada llki  y tertrik dgn sy. Prmpuan 2 pulak dgn selambe paut tangn awk sedgkan sy, isteri awk y sah tak pernah pun sntuh awk.  

Tanpa sy sedari ,  airmata sy menitis. Sy sedih awk. Takkan awk tak terfikirkan perasaan sy. Sy lari keluar dr butik tu swktu awk dan perempuan 2 leka berbual. Sy lari dgn linangan air mata awk tau tak?? Sy dgr awk jeritkan nme sy. Sy pusing blakang, nampak awk dan perempuan tu. Perempuan tu lagi!! Dia tk fhm ke sy bnci dia sbb rapt dgn awk. Td, sy seolh-olh tak wjud, thu tak?? Awk jritkan nama sy lgi, akhrnya sy berhenti blari. Awk pegg tngn sy.
“humaira, kenpe ni?”
“tak de pe2 lah..pergi la shopping dgn perempuan 2”
“humaira jealous ey..maafkn abg iman sbb lupa nk knlkan iman sofia pd humaira. She’s my twin.”
My twin!! Sy malu sngt awk. Msti muka sy dah merah atupun dh biru mase tu..awk cubit pipi sy dan usik smpi sy nangis. Sorry, sy ni memang manje.

Leps 2, awk minta maaf dengan sy. Awk kucup dahi sy. Syahdu awk., sy tersentk, pertame kali awk sentuh sy. Snyuman terukir dibibir. Selpas itu, kita bjalan-jalan smbil bpegang tngn. Hari demi hari berlalu mjdkan khidupn kita semkin bahagia.

Suatu hari tu, ketika kita sedg mnjemur pakaian bersame-same, hidung awk tiba2 bdarah. Darah awk bnyk sngat..wajh awk pucat. Hati sy dipagut rasa cems yang teramat sangt. Leps tu, awk pitam. Sy mjerit bgi org dirasuk hantu. Dgn bantuan jiran, sy hntr awk k hspitl. Kat sne brulah sy mgerti kata2 awk tak lame dulu. ‘ sy dah tak de mase’. Sy dh terlalu mengerti mksud kata2 tu. Iman ikmal.. knpe awk tak prnh bgtaw sy y awk sakit leukemia..sy menangis dan trus menangis. Sewktu awk sedr, sy tetp begitu.. menangis smbil mengucup tgn awk.. awk juga menangis.

Mlm tu, awk brithu sy sbb kenape awk nk bnuh diri hri 2.. knpe awk nk khwin dgn sy.. hri tu, awk nekad nk bnuh diri sbb awk tak boleh terima diri awk sakit. Awk kahwini sy krn awk nk sesorg y bleh mbimbing awk ke jln y benr. Awk tak nak mati sblum bertaubt.. awk juga jujur dgn sy. Awk ckp sy bukn cinta sejati awk krn cinta sejati awk hny pd islam dan Allah. Sy akui agk terkilan krn y bukn cinta sejati awk..tp biarlah..krn pd sy, dicintai awk sudh cukup bermkne.

Awk ingt tak tarikh 11 oktober 2007?? Sy psti awk takkan lupakan tarikh yang pling menyeksakan tu kan? Mana taknye, itulah tarikh keramat dimana awk tlh menjalani kemoterapi buat kali pertame. Sy tahu awk buat semua tu sbb sy. Sy mogok makan degn awk smpi dua hri kan sbb awk tak nak buat rawatan tu. Sy jhtkan, awk. Tp sy buat semua tu sbb sy sygkan awk. Sy cintakan awk iman!

Air mata  menitis tatkala sy tengok awk y sedg meraung kesakitn di bilik itu. Sy dpt dgr raungan awk wlupun sy hny memerhatikan awk dari luar blik kaca tu. Sy tengok katil awk bgegar-gegr. Msti sakit sngt kan awk? Maafkn sy sbb pkse awk buat semua ni. Sy tengok awk munth dan batuk tnpa henti. Awk meraung-raung jeritkn Allahuakbr. Tatkala awk meraung didlm, sy meraung diluar.

Awk berkeras tk nk buat sebarg rawatn. Keadaan awk semkin truk. Rmbut awk dah sikit..wajah awk cengkung..badan awk kurus sngt. Awk hny mampu di kerusi mals.. di kerusi itulah awk  solt. Sy kagum dgn awk sbb awk msih puasa wlupun awk dberi rukhsah u bbka. Awk tetp puasa wlupun kadang2 awk mengigil sbb terlampau sakit tp awk tetp berkeras nk puasa. Hari2 awk hbiskan di kerusi mals itu smbil mghafal surah2 al.Quran  melalui mp3 yang dletkkan di telinga awk. Stiap kali awk dgr surah yasin, air mata awk akn bgenanagn.

10 mlm terakhir ramadan, awk berdegil tak mahu tidur kerana awk nk tunggu mlm lailatul qadar. Sy sering menyuruh awk tidur, krn tkut ksihtn awk terganggu. Tapi awk ckp, awk tetp nk tunggu mlm lailatul qadar krn awk tkut tak smpt u bertemu ramadan y berikutnya. Selalunya sy akan tertidur di sisi krusi mls awk. Dan apabila sy tersedr awk juga dah terlena. Wajh awk sentiase senyum. Sy akui sy takut u membiarkn awk tidur, tkut awk ak terus tidur dan tak bangun2 lagi.

Mlm terkhr puasa, awk kelihatn bersinar-sinar. Awk ajak sy buat qiamulail. Awk, awk solat ape.. lamenye awk sujud. Sy seperti dah mengerti sesuatu. Sy truskan juga solat tahajjud sementara awk masih begitu.. sujud menymbh tuhn. Dan stlh selesai segale solt sy kerjakan, awk msih lagi begitu. Masih lagi sujud.

“bila bahagia mulai menyentuh,
Seakanku bisa hidup lebih lama,
Namun, harusku tinggalkan cinta,
Ketika ku bersujud”   

Awk dah pergi. Sy thu awk letih sngt dan awk nk tidur. Sy baringkan awk ats sejadah tu. Darah yang mengalir dr hidung awk sy bersihkan. Wajah awk teng macam bayi yang sedg tidur nyenyk. Slps itu, tnpa membuka kain sembhyag, sy trus baring di sebelah awk di ats sejdh. Sy tertidur sampai azan hari raya berkumandang. Hajat awk nak beraye tak kesmpaian . tp hajat awk u berpuasa pnuh dan solat terawih serta tahajjud sepnjag ramadan tetp terlaksane.

Sy mengambil masa tidk sampai seminit untuk membenci awk, sy mengmbil masa kurang sebulan u mencintai awk.. tp harus sy akui, sy memerlukan masa sepanjang hidup sy u lupakan awk. Awk dh bertakhta di hati sy,, terats sekali. Kata org cinta yang  dlpskan akan kembali jika ia cinta sejati kita. Tp hrus sy akui awk memg bukn cinta sejati sy. Cinta hakiki dan sejati hnylah pd-Nya. Assalamualaikum iman. Tunggu sy dekt “sane” nanti. Sesungguhnya, awk tiada gntinya dlm hati sy.

“if only you could see the tears in the world you left behind,
If only you could heal my heart just one more time,
Even when i close my eyes,
There’s an image of your face,
And once again i come to realize,
You’re a loss i can’t replace”

~~perindu sepi;kau tetap bertakhta dihati... =(

Inspirasi Si Kecil Bernama Semut.



Kita seringkali terdengar perumpamaan rajin seperti semut tetapi tahukah kita kenapa wujud perumpamaan sedemikian ? mungkinkah ada perumpamaan lain yang juga sesuai untuk semut?
Semut, makhluk Allah yang kecil, tetapi kecilnya seperti cili padi, pedas dan confirm berasap? kenapa ya?
Kalau kita perhatikan semut, semut akan selalu berusaha secara berulang-ulang dan terus menerus sehingga ia berjaya mencapai matlamat yang digenggam.
Analogi yang diberikan cukup mudah. Bayangkan kalau ada cebisan makanan di lantai, dan cebisan itu saiznya jauh lebih besar daripada si semut, tetapi pernahkah nampak semut tidak mengerumuni cebisan makanan itu? Tidak bukan? Semut akan berusaha mengangkut cebisan makanan itu ke sarangnya sedikit demi sedikit sehinggalah habis.
Andai dalam perjalanan mengangkut cebisan makanan itu terhalang, semut akan berusaha sedaya upaya dan memilih jalan yang lain mungkin ke kiri dan mungkin juga ke kanan sehinggalah matlamatnya untuk mengangkut cebisan makanan tersebut ke sarangnya tercapai.
kadang-kadang jalan yang dilalui si semut itu terhalang dek air, maka ia bersama kawan-kawannya saling berkerja sama membuat jambatan. Jika semut-semut yang lain sudah menyeberang, maka semut-semut yang membentuk jambatan akan merapat ke tepi.
SubhanAllah, Indahnya ciptaan illahi :)
Hakikatnya, semut mempunyai kekuatan yang luar biasa dalam mewujudkan tekadnya untuk meraih apa yang diinginkan malahan ia tidak pernah kenal erti penat mahu pun lelah.
Sebagai perkongsian cerita, pada suatu masa dahulu ada seorang arab badwi pergi merantau kerana sesuatu keperluan. Dia merasa sangat letih dan penat serta berputus asa. Maka ia terduduk dan berfikir untuk kembali lagi. Kemudian dia melihat seekor semut yang merangkak naik ke atas batu besar, namun semut tersebut jatuh dan semut itu terus merangkak naik lagi ke atas batu besar itu berulang-ulang kali.
Setelah mencuba, akhirnya semut itu berjaya menaiki batu besar itu . Melihatkan situasi tersebut, si arab badwi itu berkata " Saya sepatutnya bersabar dan berusaha keras lebih daripada semut tersebut."
Akhirnya si arab badwi itu meneruskan perjalanannya dan berjaya sampai ke tempat yang ditujunya dan dia berkata "Cari dan raih , jangan pernah berkeluh kesah dan bosan dari usaha meraih apa yang kamu inginkan. Kerana penyakit orang yang ingin mencari dan meraih sesuatu adalah bosan."
Hebatkan si kecil bernama semut?
Terdapat kajian yang dijalankan menunjukkan semut mengumpulkan makanannya dari musim panas sehinggalah ke musim sejuk. Oleh sebab semut tidak banyak keluar pada musim sejuk, maka makanan yang telah dikumpul hanya di makan apabila tiba musim sejuk ini.
Cara semut untuk memastikan makanan yang disimpan itu kekal elok, maka dengan kuasa illahi semut tersebut akan membelah ditengah biji bijian itu di tengah bagi memastikan makanan itu tahan lama.
Semut mempunyai sifat cekal dan kesabaran yang tinggi malahan kita wajar mengambil iktibar darinya. Malah seandainya anda meletakkan sebuah batu ditengah-tengah jalan yang digunakan oleh kawanan semut, mereka tidak berundur sebaliknya mencari jalan lain dan berusaha sehingga matlamat itu tercapai.
Kalau dulu, saya hanya percaya perlu rajin seperti semut, tetapi kini saya percaya perlu gigih dan cekal seperti semut.
wallahua'lam,,,,

W.U.D.U.K




1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 'Ya 
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'. 
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap 
benda-benda yang tak berfaedah. 


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu 
dengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat 
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'. 
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih 
berseri-seri. 

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah 
kamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab 
ku ditangan kanan ku ini'. 
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab- 
hisabnya di tangan kanan . 

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu 
dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- 
hisab ku di tangan kiri ku ini'. 
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- 
hisabnya di tangan kiri . 

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu 
dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik 
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'. 
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar 
macam matahari sejengkal di atas kepala. 

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu 
dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini' 
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang 
mengumpat, memfitnah dll. 

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu 
dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi 
titian Siratul Mustaqqim'. 
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian 
dengan pantas sekali.. 

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu 
dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke 
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- 
tempat maksiat' 
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di 
tangan Allah. 

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat 
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam 
mempunyai hikmah nya yang tersendiri. 

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil 
wuduk sedemikian rupa? 
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita 
perolehi dalam menghayati Islam? 

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita 
sebagai umat Islam? 

Bersyukurlah dan bertaubat selalu.

Sabtu, 16 April 2011

Couple Islamik ^_^



Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.
                                                                 
beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.
                                                                
Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”
                                                                    
Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

PESANAN :
 yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..

Kelebihan Surah Al Kauthar -

  1. Kelebihan Surah Al-Kauthar
    • Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat
    • & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.
    • Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
    • Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
    • Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati
    • Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika
    • baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
    • dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib .
  2. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
    • 1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,
    • mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
    • 2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'Allah hilang dahaga.
  3. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
    • 3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
    • 4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu..
  4. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
    • 5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
    • 6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
    • 7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. 
    • memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Jumaat, 15 April 2011


STRIVE & PRAY HARDER, that's all...

DOA: "Wahai Zat yang menjadikan lautan dan airmata, wahai Zat yang telah menjadikan seluruh khazanah perbendaharaanNya dan tuhan yang sedia mengetahui setiap perkara yang belum berlaku, kami memohon kepada-Mu ya Allah agar mendorong kami ke arah jalan yang Engkau redhai, dan jadikanlah kami golongan yang bakal memperolehi kebahagiaan dan kekayaanMu; dan kami memohon semoga Engkau memudahkan kami mencapai setiap keinginan dan permintaan; dan Engkau jadikanlah setiap kami di kalangan hamba-hambaMu pada setiap kejayaan dan kemenangan; dan janganlah Engkau jadikan seorang pun di kalangan kami berhajat (bergantung harap) kepada sesiapa pun dalam urusan rezeki; dan Engkau iringilah setiap pergerakan kami dengan petunjuk; dan Engkau jadikanlah keredhaanMu sebaik-baik teman dan sahabat buat kami; dan kurniakanlah kepada kami permintaan yang cepat diterima. Ya Allah perkenankanlah doa kami dan berilkan kepastian akan tercapainya harapan kami kepadaMu. Masukkanlah kami ke dalam jagaan kasih sayangMu yang terpelihara dengan rahsia firmanMu "Sesungguhnya, apabila Ia (Allah) menghendakinya sesuatu terjadi (maka Allah) hanya (perlu) berkata 'kun', maka terjadilah ia."
 
...SEGALANYA MILIK ILAHI...

cermin reflect....

SELF-REFLECTION... Hari-hari adalah hari yang indah penuh warna warni kehidupan.


Tetapi Dia telah menjanjikan kekuatan untuk lalui hari-hari itu

Kebahagian... hadir menutup kedukaan yang hanya seketika cuma
Kejayaan... satu anugerah setelah gagal awalnya
Kesenangan... dirasa selepas susah mulanya
Cahaya... menyuluh menerangi kegelapan yang sekian lama.

Segala kejadian itu tidak terjadi dengan sia-sia.
Semua ada sebabnya. Semua ada hikmahnya. Terserah kepada manusia untuk mencari sebabnya dan hikmahnya itu...

Ayuh refleksi diri!
Cermin diri!!
Muhasabah diri!!!

"Ya Allah, ampuni dosa-dosaku Ya Allah, banyaknya hak dan amanah yang tak ku laksana sebaiknya. Bantu diriku ini Ya Allah. Berkati diriku ini Ya Allah. Aku hamba-Mu. Engkau Tuhanku. Pimpinlah hatiku, peliharalah diriku sentiasa dalam redha-Mu. Ya Allah bersihkanlah hatiku ini. Lenyapkanlah segala yang menghijab hatiku ini Ya Allah. Sesungguhnya hijab itulah yang menghalang aku memperoleh cahaya petunjuk dan hikmah ilmu-Mu itu, Ya Allah... Ku menginginkan yang terbaik bagi kehidupanku di dunia ini, juga di kampung akhirat kelak. Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kebaikan bagi diriku dan orang-orang di sekelilingku. Kurniakanlah rahmat dan kasih sayang-Mu agar hidup kami ini mendapat barakah."

-Hisab diri sebelum diri dihisab-

Jumaat, 8 April 2011

Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel ...



Sultan Muhammad Al-Fateh,antara pemimpin Islam yang saya kagumi kerana kehebatan beliau dan tenteranya mengubah daratan menjadi lautan. huhu.. semoga beliau menjadi inspirasi kepada kita semua umat Islam hari ini. insyaAllah...

"Wahai Sultan Murad (ayahanda Muhammad al-Fateh), bukan Tuanku yang membebaskan Kota Konstantinopel, tetapi anak yang ada di dalam buaian itu (Muhammad al-Fateh)" -Syeikh Syamsuddin Al-Wali.

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata." -Surah al-Fath: 1

"Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik." -Nabi Muhammad SAW

"...kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Konstantinopel inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya!" -Napoleon Bonapart

"Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!" -Ahli Sejarah Byzantine

"Dalam salah satu kempen semasa zaman kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Ayyub al-Ansari syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Konstantinopel atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya mengapa beliau ingin dimakamkan di situ, beliau menjawab, "Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Kota Konstantinopel."

Rabu, 6 April 2011

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran

Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.
Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :


"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)

"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)
"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)

"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)

"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)
"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)

"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)

"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)
"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)
"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.
wallahua'lam,,

Air yang mengambil khasiat Zam-zam & Doa penawar jerawat

 Molekul air dalam bentuk kristal apabila dibacakan ke atasnya kalimah: ISLAM


Semalam Isnin 18 Oktober 2010, selesai acara majlis Selawat Dalailul-Khairat dan zikir di rumah Dr. Mahmud Saied Mamduh hafizohullah,
kami meneruskan kembara bersama
Syeikh Muhammad Husni Al-Langkati terus ke Sahah Yamaniah Besar di Darosah untuk menziarahi seorang habib bernama Habib Zaid bin Abdurrahman bin Husain daripada keluarga BIN YAHYA. Beliau telah mengijazahkan kepada kami 3 perkara:
1) Ijazah am bagi segala periwayatan beliau.
2)Ijazah doa air zam. zam.
3)Ijazah doa penawar jerawat,bisul dan sewaktu dengannya.

Untuk doa air zam-zam begini caranya: apabila  kita ingin meminum apa saja air seperti air mineral, air tebu, air sirap, air oren, dan sebagainya, kita baca doa ini dekat dengan bekas minuman (macam orang nak jampilah :
 
السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا مَاءُ, مَاءُ زَمْزَمْ يُقْرِئُكَ السَّلاَمَ
ertinya: Assalamualaika wahai air, Air zam-zam mengucapkan salam kepada mu.
Faedahnya: Air yang kita minum itu akan mengambil khasiat seperti khasiat yang terdapat pada air zam-zam.
Menurut kajian, air juga akan bertindakbalas dengan tempat, suasana, pemandangan di sekitarnya. Apabila segelas air mineral diletakkan atau didekatkan pada gambar Ka'bah, maka ia berubah bentuknya sesuai dengan gambar itu iaitu bentuk yang menyerupai pemandangan daripada atas Masjidil Haram, dengan umat Islam yang sedang bertawaf  mengelilingi Ka'bah. 
 


Manakala, doa penawar jerawat, bisul, kutil, kematu  dkk (dan kawan-kawannya):
يَا ذَا النَّبْتِ الْمَنْبُوْتِ
فِى الْجَسَدِ الَّذِيْ يَمُوْتُ
مُتْ بِقُدْرَةِ الْحَيِّ الَّذِيْ لاَ يَمُوْتُ
ertinya:Wahai tumbuhan yang tumbuh pada jasad yang mati, matilah engkau dengan kuasa Tuhan Yang Maha Hidup yang tiada mati.

Faedahnya: Membasmi jerawat, bisul dan sebagainya apabila kita membaca doa ini ke tempat yang sakit dan dengan cara disapu dengan tangan ke tempat itu. 

Kata Habib lagi: Ramai orang sudah puas dan hampir give-up mencuba ubat-ubatan seperti krim dan sebagainya untuk membasmi jerawat, jadi apabila dicuba dengan doa ini yang tidak memerlukan modal besar,  in sya Allah ia akan sembuh. Dan kami juga telah cuba doa ini pada luka-luka, melecur terkena air atau objek panas dan apa sahaja yang menyakiti kulit ( parasit yang hidupnya menumpang "rumah" orang tapi tak pernah bayar sewa seperti kutil, kematu, ketuat dan qabilahnya) Alhamdulillah ia  mujarab.

Penulis: 
1) Ha, teman-teman, lepas ni kalau kulit melecur terkena objek panas, tak perlu lagi disapu ubat gigi macam masa kecil dulu.No more colgate, no more darlie, no more fresh and white, no more kodomo lion. yeaaaaay!


2) Semasa makan dan minum, cakap perkara-perkara baik sahaja. 
Maki hamun, mencarut pada hidangan (mungkin disebabkan rasanya tak sedap seperti kurang masin, kurang as*m atau penampilannya tak menarik minat dan tak mampu merangsang selera) hanya akan menyebabkan keadaan bertambah buruk, iaitu molekul pada makanan akan berkecil-hati, cepat basi, fastly expired, rosak akibat pengaruh perkataan keji. 
 wallahua'lam,,,